Monday, February 1, 2010

LoVe StoRY in HaRvArd?




          Actually ney sbnrnye sebuah drama korea yg sangat2 best pada aku la..rasenyer mmber2 aku pun brpendpt sme gak kot.. cite ney sbnrnye dah lme dah, since 2004, aku form 2 lg, tp mse 2 x taw lah cte per yg aku layan, coz aku ney leh dkatekan kaki korea+china+jepun gak la.Kire pelik gak la aku x prnah taw cte ney. Cite ney aku dpt dari member aku, bkn mncari pun, tapi dah org offer kan, diorg pun mmg iye2 ckp cte ney best, so, aku layan la.. slalu klu kat u, mmg aku jarang la lyn movie, kre cte ney sgt2 best la coz dpt pengaruhi aku.. total cte ney 16 jam, aku brjaya habiskan dlm mse 5pm til 3pm keesokan harinyer...kre ok la kan..terkorban gak la mse tdo aku yg sgt2 brharga..heheheh. Tp hidup ney da give n take kan, even bnyk mse habis, tp cite ney sgt2 bg motivation kat aku. Mmg bnyk moral yg aku dpt dri cte ney, kre bkn stakat layan2 jiwang bese2 jer, n yg plg penting skali dpt gak la nek kan mood study aku yg sgt2 kritikal ney.. hahaha..



        Hm, kat sney biar aku story serba skt la psal cter ney, "Love Story in Harvard" (Hangul: 러브스토리 인 하버드; Rubeusutori in Habeodeu), satu Drama Korea bertemakan cinta romantis dan mempunyai 16-episod. Rancangan ini mendapat sambutan meluas di Korea Selatan serta seluruh Asia Timur.
      Cerita nie berkisar di Universiti Harvard mengenai kisah percintaan antara mahasiswa Fakulti Undang-Undang Harvard, Kim Hyun Woo (dikenali sebagai Dustin Kim di Filipina) (Kim Rae Won) dan seorang mahasiswi Fakulti Perubatan, Lee Soo In (Allison Lee di Filipina) Kim Tae Hee).



    Walaupun jalan ceritanya berkisar di Universiti Harvard, tp sbnr2nyer penggambaran siri tersebut sebenarnya dibuat di Universiti California Selatan dan Universiti of California, Los Angeles.
Konklusinye kat sini aku nk ckp, cite ney sgt3 la best nyer...!!!!hehehe..
ney la heroin cte ney, cute sgt2..Lee Soo In (Kim Tae Hee)

nie plak hero cter ney.. Kim Hyun Woo (Kim Rae Won)


LEE JUNG JIN..ney plak krenyer org yg ke-3 la..hehehe



sweetnyer..heheheheh..

Wednesday, January 27, 2010

4 ORANG LELAKI YANG DITARIK WANITA KE NERAKA

4 ORANG LELAKI YANG DITARIK WANITA KE NERAKA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!!!

1. AYAHNYA

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita

Sunday, October 25, 2009

Syukurlah wahai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat
Jangan lah anda semua lupa menutup aurat, peliharalah dirimu seumpama daun semalu, lebih malu dr itu
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia- sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t.
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah
dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah
s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu- pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu
dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.
WANITA PERMATA SYURGA